Sunday, March 13, 2011

Bila suami bukak mulut...

Pada suatu hari, seorang isteri bertanya sesuatu pada suami,

Isteri: Darling, 3 tahun kita hidup bersama, u rase ader tak yang kurang kat I nih?

Suami: Takde. U ok aper.

Isteri: Memang laa I OK tapi takkan laa U tak rase aper2 yang kurang pada I nih? Jujur laa...

Suami: Takde takde. U dah OK. Yang penting U sihat dan boleh jaga family kita.

Si isteri tetap tak puas hati dengan jawapan si suami. Keesokannya, si isteri tetap berusaha bertanya pada suami.

Isteri: Darling, nih I tanya last laa nih. Betul ke takde aper2 yang kurang pada isteri U nih? I nak U jawab dengan jujur. Tak nak selindung2.

Suami: Ok. U jangan plak marah bila I bagitau k. Tarik nafas dalam2 dulu.

Si isteri pun tarik laa nafas dalam2 macam yang suami dia suruh. Dup dap.. dup dap...

Suami: U dah ready?

Isteri: Dah. Cepat laa cakap! (dengan tak sabar nyer!)

Suami: U nih LEBIH dari segala segi. LEBIH berat, LEBIH besar, LEBIH makan, LEBIH saiz, LEBIH laa senang cakap. Tapi ader satu yang KURANG; KURANG cantik!

Isteri dah mula rase nak pengsan sebab dengar pengakuan ikhlas suami.

Isteri: Thanks dear sebab berterus-terang dengan I. Tapi U bandingkan I dengan saper eh?

Suami: Dengan MAK I laa! (dengan muka selambe nyer)

PUP! Pengsan terus si isteri....

Moral of the story: Kecantikan dan kesihatan seorang isteri perlu dijaga dari awal perkahwinan. Bukan setakat rupa, bentuk badan dan kesihatan segitiga emas wanita khususnya perlu dijaga rapi.

No comments:

Post a Comment