Sunday, March 6, 2011

Positif, Positif, Positif!!

Assalamualaikum,

Hidup ini umpama RODA, kadang-kadang di ATAS, kadang-kadang di BAWAH. Bila  berada di ATAS, kebanyakan kita nih tak suka pandang ke BAWAH. Bukan sebab SOMBONG, tapi GAYAT. Betul kan? Tapi tak salah kan kalau kita jeling-jeling sket ke BAWAH, walaupon GAYAT kita tetap kena beringat-ingat. Muhasabah diri supaya kita tak terlalu selesa bila berada di ATAS.

Tapi bila kita di BAWAH, kita asyik mendongak ke ATAS. Pikir macam-macam: kenapa aku tak di ATAS, kenapa aku kat BAWAH, aku nih malang sangat ke sampai aku TAK LAYAK untuk berada di ATAS? Angan pon macam-macam gak; dok di ATAS tuh rasa macam anak RAJA laa, senang laa, mewah laa, etc. Tapi apa tindakan kita? Dok diam? Tengok je orang lain BERJAYA? Atau PHD dah mai dok dlm hati?

Tuh sebab kita kena sentiasa POSITIF! Kenapa? Bila kita POSITIF, insyaALLAH, semua yang kita nak buat MENJADI. Sebabnya, bila hati kita bersih, nawaitu kita betul, automatik fikiran kita akan menuju ke arah yang kita nak. Doa pada ALLAH jangan putus. Ikhtiar dan usaha jangan separuh jalan. Sebab tuh laa elemen-elemen penting kalau nak BERJAYA. Tapi kalau kita asyik sebut TAK BOLEH, fikir MUSTAHIL, tulis NO WAY, segala benda yang NEGATIF nih akan melekat pada diri kita. Nak ke? Saya TAK NAK!





Maka, saya berkawan dengan orang yang BERJAYA sebab saya pun nak BERJAYA macam mereka jugak. Sebab, bila bersama-sama mereka, attitude saya pun positif dan segala tips yang mereka beri mudah nak serap kat otak dan hati saya. InsyaALLAH, saya akan BERJAYA.

No comments:

Post a Comment