Wednesday, March 21, 2012

EaRLy StORy 2012...

Lama betul tak update blog nih... seb baik tak bersawang...

Well, where do I start? <*_*> .................................... (still blurrr).....

Ok, start dengan cerita semalam. Masa nak balik selepas bershopping yang tak berapa nak sakan kat Tesco, saya didatangi seorang budak lelaki menunggu untuk mengambil troli yang saya guna. Mula-mula ingatkan dia nak guna gak, tapi rupanya dia pi letak balik troli tersebut kat troli bay yang berdekatan. Pastuh dia kutip troli-troli kosong yang bersepah-sepah kat parking lot tuh. Agak pelik gak tengok gelagat budak nih. Timbul rasa nak tanya perkara sebenar kat dia.

Saya: "Dik, sini kejap"
BL : "Naper cik?"
Saya: "Cik nak tanya, awak kerja sini ke?"
BL: "Saya amik upah kutip troli kosong."
Saya: "Mana mak ayah awak?"
BL: "Mak saya baru meninggal. Saya tinggal dengan kakak."

Tersentap saya sebentar. Anak yatim rupanya.

Saya: "Kakak awak mana?"
BL: "Dia kerja kat Restoran Samsi (area Taman Rinting)."
Saya: "Awak masih sekolah? (Dia angguk) Sekarang darjah berapa?"
BL: "Darjah 4."
Saya: "Nanti balik macam mana?"
BL: "Nanti kakak amik."

Saya tengok jam, baru jam 8.15. Kalau kerja kedai makan, confirm balik tengah malam. Takkan budak nih dok kat Tesco sampai tengah malam? Macam-macam berlegar kat kepala nih.

Saya: "Awak dah makan?"
BL: "Belum lagi. Tuh sebab saya buat kerja nih. Ada duit boleh saya makan"
Saya: "Cik takde banyak tp cik ikhlas kasi awak (sambil hulur sekeping not hijau). Cik nak awak 
            makan dulu pastuh baru sambung kerja. Ada tenaga baru cergas kerja."

Dia amik duit tuh dengan perasan bercampur-baur. Saya nampak matanya berkaca. Mungkin tanda terharu dengan bantuan yang dihulur. Pada saya, inilah pengorbanan yang harus ditempuhi demi mencari sesuap nasi. Berlinang air mata saya bila terbayangkan jika anak-anak saya terpaksa menempuhi keadaan sedemikian. Nauzubillah...

Bila saya masuk dalam kereta, Sabrina pun bertanya.

Ina: "Ibu, budak tuh buat apa?"
Saya: "Budak tuh tengah kerja."
Ina: "Kenapa dia kerja, bu? Dia tak sekolah ke?"
Saya: "Dia kerja sebab dia nak cari duit untuk pegi sekolah. Ina dengan aisy untung ada ibu dengan  
            ayah sebab ina tak payah cari duit untuk pegi sekolah. Semua ibu dengan ayah yang uruskan. 
            Budak tuh dah takde mak. Tuh sebab dia kena kerja."
Ina: "Mak dia pegi mana?"
Saya: "Mak dia dah mati. Dia anak yatim."

Terus Sabrina peluk saya sambil menangis. Mungkin dia dah faham situasi budak tuh. Mungkin juga dia bersyukur dia masih ada ibu dan ayah. Mungkin juga dia sudah berkira untuk tidak menjadi seperti budak tuh.

Saya sangat-sangat kesiankan budak tuh. Bila berbual dengannya, saya tak rasa dia bohong. Matanya sungguh ikhlas bila bercerita. Terasa bersyukurnya saya tidak membesar dalam situasi begitu. Mempunyai mak dan abah yang sangat penyayang, saya dan adik beradik dibesarkan dalam suasana penuh kasih sayang. Cukup serba-serbi. Tak perlu membanting tulang empat kerat untuk mencari duit sendiri.

Sekarang saya bersyukur ditemukan dengan Premium Beautiful biz. Inilah rezeki yang Allah beri untuk saya sekeluarga dan tugas saya ialah untuk memanfaatkan rezeki yang diberi.


Alhamdulillah....


No comments:

Post a Comment