Thursday, March 31, 2011

Why our Premium Beautiful is soooooo EXPENSIVE??

Do you know any threads Premium Beautiful embroidered with a crystal called tourmaline?


tourmaline crystal
 
pink tourmaline

What is Tourmaline crystal? And what benefits can we get from this precious stone?

According to Wikipedia, "Tourmaline is a crystal boron silicate mineral compounded with elements such as aluminium, iron, magnesium, sodium, lithium, or potassium. Tourmaline is classified as a semi-precious stone and the gem comes in a wide variety of colors".

Benefits of tourmaline:

* Detoxification.
* Helps burn fat. Reduce water retention.
* Increase blood circulation.
* Disposal of waste is not necessary.
* To help cleanse the kidneys.
* Helps heal skin disorders.
* Reduce emotional illness and depression.
* Helps to reduce acute and chronic diseases.
* Helps eliminate toxins from the body. Reduce lactic acid and free fatty acids.

More facts about the tourmaline.

Far infrared rays (FIR) emitted by the same resonance tourmaline creates in the body. It is usually found in water. It gives the effect of calming the nerves.

Three-fourths of the human body consists of water, this absorption of resonance help increase vitality in living tissue, increase energy levels and metabolism.

Tourmaline has been reported to have the power to enhance male sexual energy as it increases blood circulation in the body.

So, every woman who wears Premium Beautiful corset will acquire all the properties of the tourmaline.

                                                            "Because Women are so Precious"

Sunday, March 27, 2011

Weekend with my lil' family...

Today, we have traveled from Hospital Kota Tinggi - Sutera Mall - Aeon Bukit Indah. Can't say much, just enjoy the pics:






















Saturday, March 26, 2011

sayang abang, sayang diri sendiri... both are important!

kesihatan x boleh dibeli,
suami jugak x boleh dibeli,
suami kita ni lelaki, sama mcm lelaki kat luar sana, mmg dia sayangkan isteri.. tapi,
hakikat lelaki suka memandang dan cepat tertarik kepada sesuatu yang cantik kita x blh nafikan.. terutama pompuan cantik betul x?

tengok balik diri kita kat depan cermin, kalo kita sendiri pon x suka terlebih sana sini, inikan pula suami yang memandang betul x?
mmg suami x kan bersuara sebab nak jaga hati kita... tapi sendiri mau ingat kan...
betul x?

ini fakta,, kita kena sentiasa beringat, sama2 lah kita ingat mengingati sesama kita.., lelaki blh kawen 4... :p



credit to kak bayah   (",)

Bengkung - Tradisional vs moden vs PB

Thursday, March 24, 2011

SpaQish - Muslimah Beauty Centre

Hari sabtu lepas, I dengan my youngest sister pegi memanjakan diri kami di SpaQish. Kitorang buat facial treatment. Since it is named as MUSLIMAH beauty centre, so it is definitely for WOMEN only. Itu pun ada gak kaum MUSLIMIN yang call tanya treatment untuk kaum diorang ada tak. S.E.N.G.A.L.

Tuan yang empunya Spa nih nama nyer Puan Hasnah, I kenal dia dari kecil lagi. Spa nih dah 5 bulan beroperasi di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang. Lokasi dia agak strategik dan mudah laa nak cari. So, nih antara rawatan dan pakej yang disediakan di SpaQish:


The ambiance is just nice.  See pics below:









Very spacious and you can see how my daughter do her marathon version

Bab servis memang tip-top. Overall, puas hati laa buat facial or any treatment kat sini. Next treatment will be milk bath and jacuzzi. Ooh, heaven!

Thursday, March 17, 2011

Bukti jual Corset jer boleh dapat income BESAR!!

 berita dipetik dari Berita Harian (17/03/2011)

Hanis jana pendapatan 6 angka

Oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@bharian.com.my
2011/03/17

ANTARA koleksi beg tangan dan kasut mewah yang dimiliki.
ANTARA koleksi beg tangan dan kasut mewah yang dimiliki.
Jual korset penuhi minat kumpul beg, kasut mewah

PERNAH menyalahkan keputusan ibu bapa membenarkan dia berkahwin sebelum menamatkan pengajian di kampus dan lebih menambah tekanan, dia disahkan hamil anak pertama sejurus selepas pernikahan.
Akui Hanis Haizi Abdul Hamid, ketika berkahwin, usianya baru memasuki angka 22 manakala suami, Razali Mohamed Zain, 25.
“Betul seperti dikata, orang muda memang tidak matang dan disebabkan hanya suami yang mencari rezeki, kehidupan kami sekadar cukup untuk hidup saja.

“Namun begitu, keinginan memiliki barangan peribadi berjenama memang tinggi memaksa saya berhutang kad kredit malah saya pernah memiliki hingga lapan kad pada satu masa,” katanya memulakan bicara.

Kata Hanis Haizi, keluarga mengambil keputusan untuk tidak campur tangan dalam urusan rumah tangganya tapi apabila melihat adik-beradik lain hidup senang, dia juga teringin sehingga memaksanya berhutang.

“Bagaimanapun, ketika sedang hamil anak kedua, barulah saya tergerak hati untuk berubah demi meringankan beban suami dan juga bagi memenuhi cinta saya terhadap barangan berjenama,” katanya jujur.
Kini, Hanis Haizi bukan lagi manusia kalah yang hidup dibebani hutang malah semua kad kredit yang dulunya menjadi ‘nyawa’ untuknya sudah diganti kad debit.

Segala-galanya bermula pada awal 2009 ketika ibu muda berusia 27 tahun itu nekad mencari kerja. Bagi menenangkan perasaannya ketika itu, wanita yang senang disapa sebagai Hanis itu turut melakukan solat istikharah, meminta petunjuk daripada Yang Maha Kuasa.

“Besar kuasa Allah kerana selang empat hari selepas itu, seorang rakan menghubungi dan memperkenalkan saya kepada perniagaan korset Premium Beautiful (PB) Hai-O.

“Berbekalkan modal sebanyak RM20,000 yang dipinjam daripada ibu, saya nekad memasarkan PB secara dalam talian sejak dua tahun dulu,” katanya.

Membanggakan, dalam tempoh singkat, Hanis bukan setakat mampu tapi hidup mewah dengan pendapatan mencecah RM150,000 sebulan malah berpeluang mengumpul koleksi kasut dan tas tangan jenama mewah bagi memenuhi hobinya sebelum ini.

“Bulan pertama, saya mendapat keuntungan jualan sebanyak RM3,000 dan tanpa berlengah, saya tempah sepasang baju rekaan pereka fesyen Rizman Ruzaini berharga RM1,500 sebagai motivasi untuk diri sendiri manakala selebihnya disimpan,” katanya.

Sejak mula terbabit dalam jualan langsung juga, Hanis menetapkan senarai impiannya. Antaranya, mahu sebuah kereta, rumah sendiri, himpunan tas tangan mewah dan melancong ke Tokyo, Jepun.

“Selama berkahwin, ke sana ke mari hanya dengan kereta Proton Wira berusia lebih 10 tahun dan menjadi impian saya untuk memiliki sebuah kereta yang selesa.

“Syukur kerana dalam tempoh setahun, saya mampu mencapai semua impian berkat doa serta dorongan suami dan keluarga,” katanya.

Sesiapa yang mengikuti blog wanita ini pastinya tahu tahap ‘kegilaannya’ terhadap tas tangan serta kasut jenama mewah dan akui Hanis, pembelian koleksi mahal itu, ‘habuan’ tanda motivasi untuk setiap jualan yang berjaya dilakukan.

Dek kerana itu, Hanis akan memastikan dia membeli sekurang-kurangnya tiga atau empat tas tangan jenama mewah setiap bulan. Bukan calang-calang jenama kerana himpunan tas tangannya adalah daripada jenama mewah seperti Chanel, Prada, Chloe, MiuMiu, Burberry dan Marc Jacobs.

“Saya suka berangan bergelumang hidup dengan barangan mewah sejak dulu. Suka menonton rancangan realiti Keeping Up with the Kardashians kerana gemarkan fesyen dan kecantikan.

“Kecintaan terhadap dunia kecantikan jugalah yang meletakkan saya di tahap sekarang. Boleh dikatakan, saya berniaga kerana ingin memenuhi hobi memiliki barangan berjenama,” katanya sambil membelek tas Chanel Maxi Caviar kesayangannya.

Sejak 2010, Hanis turut mengumpul koleksi kasut dan sehingga kini, koleksi Salvadore Ferragamo menjadi kegilaannya.

“Dulu, ketika tidak berduit, saya fikir tidak sanggup berhabis membeli kasut berharga ribuan ringgit yang sudahnya hanya dipakai di kaki tapi apabila sudah ‘terbeli’, saya jatuh cinta kerana kehalusan kerja dan keselesaan.

“Dalam perniagaan juga, barangan berjenama memainkan peranan penting yang dapat mengubah persepsi awal pelanggan apabila bertemu malah kita sendiri pun rasa yakin,” katanya ramah.

Bergelar Crown Diamond Manager (CDM) Premium Beautiful tidak semudah yang disangka malah dia menolak andaian, semua yang menyertai perniagaan MLM bakal bergelar jutawan dalam tempoh singkat.

“Tanam dalam hati, tiada benda yang mustahil. Platform MLM senang untuk diceburi kerana produk sudah sedia ada malah perniagaan juga dimulakan dengan bertunjangkan pemimpin yang sedia mencurahkan segala ilmu dan tunjuk ajar. Saya tidak mempunyai ramai rakan karib tetapi berusaha memasarkan produk di blog,” katanya.

Cerita lulusan Kejuruteraan Awam, Universiti Tenaga Nasional (Uniten) ini lagi, pahit manis sebelum menikmati indahnya kejayaan akan sentiasa dijadikan iktibar untuknya terus memajukan diri.

“Saya pernah menangis di depan suami apabila pelanggan pertama tidak jadi membeli PB selepas penat menerangkan kelebihan produk ini. Ada juga teman sekampus mencemuh apabila tahu saya menyertai MLM malah tidak kurang juga beranggapan saya tidak berpelajaran tinggi, kerana itu menyertai MLM.

“Pernah juga pergi dari rumah ke rumah untuk memasukkan risalah mengenai PB dalam setiap kotak pos serta menyelitkan risalah sama di akhbar.

“Kata-kata semangat daripada suami mendorong saya mengharungi asam garam itu dan saya anggap segala kepayahan itulah banyak mengajar saya untuk menjadi orang berjaya hari ini,” katanya.

Buktinya, perniagaan korsetnya kini tersebar luas bukan setakat di kalangan wanita tempatan malah dia mengakui turut menerima pesanan PB daripada pelanggan di United Kingdom, Jerman, Australia, Brunei, Asia Barat, Eropah dan Jepun.

Kini, impian anak kepada pasangan Datuk Abdul Hamid Mohd Ali dan Datin Kasmah Hashim ini adalah untuk mewujudkan jaringan rakan kongsi yang lebih luas.

“Saya tidak mahu dikatakan menumpang kemewahan keluarga dan saya juga tidak mahu berjaya seorang diri. Impian saya, melihat lebih ramai pemimpin berjaya lahir di bawah CDM Hanis Haizi dan lebih penting, tahun ini, saya berazam untuk memiliki simpanan sebanyak RM1 juta ringgit,“ katanya penuh semangat.

PROFIL: Hanis Haizi Abdul Hamid
Kerjaya: Ahli perniagaan MLM
Kelulusan: Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Tenaga Nasional (Uniten)
Suami: Razali Mohamed Zain (Jurutera Teknologi Maklumat)
Anak: Muhammad Hariz Rifqi, tiga tahun setengah dan Muhammad Haikal Razik, setahun.
Laman web: www.hanishaizi.com

Tuesday, March 15, 2011

Atas Dasar kesedaran penting nya Premium Beautiful

Credit to Hanie Asmahani Ahmad , I share this from her.

Banyak kebaikan dengan memakai Premium Beautiful corset nie. These are some of the benefits that i has just found out:

1. Mengecutkan lump.
2) Mengurangkan selulit berlebihan.
3) Menghilangkan strecth mark pregnancy.
4) Melegakan sakit tulang belakang.
5) Mengempiskan perut yang buncit.
6) Mengecilkan pinggul yang lebar.
7) Memulihkan fibroid.

Bukan sahaja Premium Beautiful bagus untuk wanita, but also good for ibu yang menyusukan anaknya. Premium Beautiful also provides some benefits for mothers, which are:

1) Cup yang berbentuk piramid dapat membantu payudara agar tidak jatuh, puting payudara akan berada di dalam keadaan yang betul. Ianya mengelak berlakunya kanser payudara di mana di bahagian cup mengandungi chitosan.

2) Bra Premium Beautiful dapat membantu menambah susu ibu. Bagi ibu yang kurang susu untuk menyusukan bayi, pemakaian yang berterusan akan menggalak pengeluaran susu.

3) Girdle Premium Beautiful dapat membantu menguatkan rahim, mengemaskan bahagian perut serta menghilangkan kesan rekanan pada kulit bagi ibu-ibu selepas bersalin.

4) Bengkung Premium Beautiful juga serbaguna iaitu ianya bukan sahaja dipakai oleh ibu, malah bayi yang baru lahir juga boleh dipakaikan bengkung jika demam kuning, dengan cara membalut badan bayi.

5) Premium Beautiful sesuai sekali untuk membaikpulih semua badan setelah melahirkan anak.

Premium Beautiful juga boleh memulihkan sakit-sakit berikut:

1) Buasir
2) Sakit Tulang belakang
3) Slip disc
4) Cancer
5) Gastric
6) Asthma
7) Constipation
8) Sakit pundi kencing
9) Radang Usus & Perut
10) Fibroid
11) Breast Lump
12) Hepatitis


full set PB
Memulihkan fibroid.
 
Dato Siti also wearing PB

Sunday, March 13, 2011

Bila suami bukak mulut...

Pada suatu hari, seorang isteri bertanya sesuatu pada suami,

Isteri: Darling, 3 tahun kita hidup bersama, u rase ader tak yang kurang kat I nih?

Suami: Takde. U ok aper.

Isteri: Memang laa I OK tapi takkan laa U tak rase aper2 yang kurang pada I nih? Jujur laa...

Suami: Takde takde. U dah OK. Yang penting U sihat dan boleh jaga family kita.

Si isteri tetap tak puas hati dengan jawapan si suami. Keesokannya, si isteri tetap berusaha bertanya pada suami.

Isteri: Darling, nih I tanya last laa nih. Betul ke takde aper2 yang kurang pada isteri U nih? I nak U jawab dengan jujur. Tak nak selindung2.

Suami: Ok. U jangan plak marah bila I bagitau k. Tarik nafas dalam2 dulu.

Si isteri pun tarik laa nafas dalam2 macam yang suami dia suruh. Dup dap.. dup dap...

Suami: U dah ready?

Isteri: Dah. Cepat laa cakap! (dengan tak sabar nyer!)

Suami: U nih LEBIH dari segala segi. LEBIH berat, LEBIH besar, LEBIH makan, LEBIH saiz, LEBIH laa senang cakap. Tapi ader satu yang KURANG; KURANG cantik!

Isteri dah mula rase nak pengsan sebab dengar pengakuan ikhlas suami.

Isteri: Thanks dear sebab berterus-terang dengan I. Tapi U bandingkan I dengan saper eh?

Suami: Dengan MAK I laa! (dengan muka selambe nyer)

PUP! Pengsan terus si isteri....

Moral of the story: Kecantikan dan kesihatan seorang isteri perlu dijaga dari awal perkahwinan. Bukan setakat rupa, bentuk badan dan kesihatan segitiga emas wanita khususnya perlu dijaga rapi.

Saya sayang biz partner saya!!

Sorry yer nih bukan entri kipas-mengipas tapi lebih kepada appreciation untuk mereka2 yang telah menolong saya hingga ke tahap sekarang.

Diorang bukan sahaja RAJIN tapi sangat2 POSITIF untuk mendidik biz partner yang baru2 macam saya nih. From a zero to a becoming hero. Senang jer nak buat biz nih rupanya and berkat kesungguhan mereka nih, biz berjalan dengan lebih mudah. Mudah sebab mindset kita dah POSITIF dan bulat hati dengan biz nih.

Saya kenal biz nih melalui cik puan Sabariah Azemi. Orangnya kecil molek, kalau first time tengok memang orang fikir dia nih tak banyak mulut.Tapi, sekali bukak mulut pasal PB or biz, nah ko! Macam popcorn, berbutir2 info yang keluar. Tanya laa aper jer psl 2 benda nih, confirm korang dok lamer kat situ sebab makin banyak benda nak tanyer.

Next, cik puan Nur Faziha Mohamad Pauzi. Memang rajin tak hengat, sanggup drive dari Bandar Penawar ke Pasir Gudang semata-mata nak tolong biz partner jumpa potential prospect. Dia nih pensyarah kat Kolej Komuniti yer, bukan suri rumah tau. And income dia buat biz nih jer boleh cover setahun nyer gaji. So, saper cakap orang yang full-time kerja tak boleh buat biz nih?

Semuanya terpulang pada diri kita. Antara nak atau tak jer. Saya juga bekerja seperti mereka yang berjaya nih. Dan saya juga nak BERJAYA macam diorang nih.

Bila nak mula sesuatu biz, kita kena tengok orang yang lead kita. Kalau dia BERJAYA dan orang yang dibimbing juga BERJAYA seperti mereka, orang nih laa yang kita kena contohi. 

So, saya dah mula melangkah ke puncak kejayaan. Jadi, saya seru kawan-kawan saya untuk bersama-sama menuju puncak kejayaan.

Segala pertanyaan tentang biz nih, call saya untuk penjelasan lanjut.

SHAHIDA SAID
016-7175464
teenangel1004@yahoo.com

"Nak seribu daya, tak nak seribu dalih"




Wednesday, March 9, 2011

R U sleeping, R U sleeping... zzz...

My cute model: Muhammad Aisy Farhan Mohd Faisal

Soft-tone image
Jari yang mungil

I really love you, baby boy!!