Tuesday, April 26, 2011

Suka Suki bulan April... Part 1

Salam all,

Ya Allah, lamanyer tak buat entri kat blog nih. Patut laa rasa macam tak lengkap jer. Haish! macam mana boleh miss nih.

Ok, I akan recap all event yang berlangsung sepanjang April nih.


On 10th April, I have celebrated my 29th birthday with my family minus my abah and hubby. Abah kat India and my hubby kat atas platform. So, before my hubby left for offshore, dia sempat bagi nih as my pre-birthday gift,

SKII set... I loike!



Haa... tuh baru pre, belum post birthday present. Tunggu eh. Jap lagi I tunjuk dalam entri seterusnya nanti. Sila bawak bersabar. Hehe..

Actually sehari sebelum birthday I tuh, I angkut anak-anak dengan my mom pi KL sebab I nak tengok cik kak sorang nih amik jam sebab capai target RM100k or 50 sets dalam sebulan. And ini cuma boleh dapat dari stokis B32 saje yer, stokis lain I tak tau. So, best kan group we all?

So, meh I tepek gambar hadiah-hadiah pada malam tuh. Sapa tak suka dapat hadiah kan?

Macam-macam ada; branded watches, pens and handbags. All price around RM1K. Gempak kan?!

Haa, bawah nih plak gambar suka-suki DSM Sabariah amik hadiah;

Amik hadiah dari Kak Ana. Jeles I! I nak jugek!

Overall, memang best laa bulan April nih. Eh, ada lagi event/present/celebration yang berlangsung. Cuma nanti kita sambung kat Part 2 yer. Nak kena tidur kan my kids dulu.

Till then..

With love,


Monday, April 4, 2011

PB class is awesome!!

Sabtu lepas aku berpeluang menghadiri kelas utk para usahawan Premium Beautiful di Stokis B32, Batu Caves. Pada mulanya, aku agak nervous sebab nih lah first time aku hadir dan paling best, aku tak keseorangan pun sebab DDM Fazi datang sekali. Yang tak syok nyer, aku tak plak kamera aku nak snap pic yang lawa2.

Masa masuk classroom tuh, aku memang nampak ramainya usahawan2 PB nih berkumpul. Standard laa kan, biler dah jumpa ada jer benda nak dibincangkan. But I'm ok with that. Dah sampai kan takkan laa nak blah plak (walaupun aku memang ada rasa nak angkat kaki!).

Kak Fazi dah msg awal2 soh book 2nd row. Tapi bila masuk, 3 row paling depan dah penuh. So, aku book 4th row. Dah laa classroom tuh sejuk ya amat. tapi aku tengok orang lain steady jer. So, aku pun tunggu laa cik kak sorang tuh.

Sempat gak nak bergambar!

Madam pun memulakan class dengan lagu tema dan serba sedikit tentang Premium  Beautiful.

Madam dengan gaya yg tersendiri
Madam nih sangat laa kelakar. Utk first timer cam aku nih agak susah nak paham apa yg dia cuba sampaikan sebab BM dia memang tonggang terbalik (LOL!). Tapi penyampaian dia yang bersemangat dan sempoi serba sebanyak membuka minda dan pengetahuan tentang produk. Dia nih tengok orang jer pun dah tau apa saiz yang sesuai, orang tuh pakai PB ke tak, gemuk air or gemuk lemak, confirm dia tau laa.

Emcee untuk malam tuh ialah bakal DDM Hanim dari Ipoh.

Bakal DDM Hanim... Ipoh mali maa!
Walaupun tak sihat, tapi dia tetap bersemangat nak jd emcee. Macam nih laa semangat yang patut dicontohi. Sakit2 pun tak patah semangat. She's a bit serious but she's okay. Dah sakit takkan laa nak melawak lebih2 kan?

Next presenter is DDM Khairul, ex-policeman and he's a husband to CDM Khaty aka CDM Bang Bang coz dia pun ex-policemen gak. Yang best, dia nih laa yang present pasal Premium Beautiful. Very straight forward. Aku yang pompuan pun agak malu, aper tah lagi orang lain kan?

DDM Khairul aka Mat Coli (LOL!)
Dia nih pun mula2 memang membantah nak buat biz nih sebab takkan laa kan lelaki nak jual pakaian dalam wanita? Tapi dia buang sifat malu tuh dan tengok laa kat mana dia berdiri sekarang? Dengan jual PB jer dia boleh jana pendapatan lebih daripada masa jadi polis dulu. Tak percaya? Percayalah!

Ok, nih info yang dapat aku cedok dari presentation DDM Khairul:

1. Premium Beautiful dicipta dengan teliti dan khusus untuk wanita.
2. Ianya dicipta hasil gabungan teknologi dari 3 negara maju/industri; Jepun, US dan German.
           a. Jepun - teknologi FIR (Far-infra red)
                Fungsi FIR:
                :: memperbetulkan perajalanan darah dalam tubuh badan
                :: memperbetulkan adn memulihkan sistem pernafasan
                :: mengelakkan pertumbuhan bakteria
                :: mengeluarkan peluh asid
                :: menghilangkan bau badan (this is so true, saya pakai lebih dari 8 jam dan bila buka corset, bau
                    yang ada cuma bau PB wash)      

           b. US - teknologi jahitan stereoskopik
                :: dicipta khusus mengikut bentuk badan wanita
                :: tahan regangan

           c. German - teknologi fabrik
                :: akwatek - digunakan untuk baju penyelam
                :: mampu mengawal suhu badan

And dia juga mengakui bahawa PB bukan sahaja mengubah kewangan keluarga malah hubungan dia dgn isteri. Dulu, selalu lepak luar sebab tak tahan dengan bau badan isteri. Tapi biler isteri dah start pakai PB dan dah ada shape, hari2 pun main kejar2. Ahak!

Next, bakal DDM Zah berkongsi tentang testimoninya. Umur dah 47 tahun, anak 8 orang, 2 tahun yang lalu dia cuma seorang penjual nasi lemak. Sekarang dia salah seorang pemegang income 5 angka. Siapa sangka kan? Dia telah berusaha dengan keras, dan orang2 yang mencemuhnya dulu adalah pelanggan tetapnya sekarang.  Tak percaya? Percayalah!

DDM zah bercerita ttg testimoni. Sempoi dan kelakar!

Dia nih memang kelakar. Salah satunya, apabila beliau mengalami kemalangan pada tahun 2009. Muka dah berdarah, tulang rusuk retak (kerana terhentak pada stereng kereta) tapi masih mampu bercerita tentang kemalangan tersebut. Siap nurse tuh tanya lagi sama ada dia ada pakai PB, dan menyuruhnya menjaga baik2 set tersebut sebab takut kena CURIK!! Kalau ikut doktor, dia mungkin akan mengalami kecederaan yang lebih teruk pada tulang belakang jika dia tidak pakai PB corset. Great isn't it? Tak percaya lagi? PERCAYALAH!


Yang paling mengujakan ialah aku sendiri dapat melihat CDM Kak Ana. Bila Kak Fazi tunjuk jer yang mana satu Kak Ana, expression ku macam terzass karen! Memang awesome! Dia memang dah berjaya turunkan berat badan dan sekarang ini lah Kak Ana yang baru....










*kualiti gambar agak kurang memuaskan sbb BB ku tak canggih =P

Tak percaya? PERCAYALAH! Premium Beautiful memang patut dimiliki oleh setiap wanita kat muka bumi nih. Sihat dapat, cantik pun dapat. Siapa yang tak nak kan?

Kak Ana berkongsi cerita tentang prospek yang dia pernah jumpa. Ada seorang isteri anak satu bagitau yang suami dia redha yang badan dia dah kembang. Memang laa suami dia redha, tapi kalau si suami tuh cari yang lagi cantik, si isteri pun kena redha laa kan? Fitrah lelaki nak yang cantik, yang manis dan berlekuk. Berlekuk tuh maksudnya ada shape dari atas sampai bawah; payudara yang mekar dan pejal, pinggang yang sedap untuk dirangkul dan punggung yang bulat dan montok. Tak percaya? Pi cari InTrend yang baru sebab Kak Ana kata dia baca dalam majalah nih.

Dan yang paling best, dia sendiri cakap ANAK DARA or MAK JAN yang pakai PB cepat laku. Tak percaya? PERCAYALAH! Sebab biler pakai PB, level of confident tinggi, rasa selesa, badan rasa ringan dan aura positif tuh akan membuatkan kita nih manis jer. Confirm laa lelaki cair kalau tengok kan?

PB nih jugak sesuai untuk perempuan yang berpantang. Sebab, kalau guna alasan ada anak, tak sempat nak jaga diri, confirm laa orang tuh memang tak sempat bermacam2 lagi. Bukan susah pun nak sarung PB, 8 jam sehari, dari pagi sampai petang, korang masih boleh buat macam2 aktiviti. So, badan pun sihat, berat badan turun, badan pun dah terbentuk dan paling penting, abang sayang! Tak nak ker?

Kalau setakat catu makan pastuh tak exercise, baik laa korang pakai PB sebab bukan sahaja boleh memulihkan sistem badan korang malah membentuk dan menurunkan berat badan korang. Bukan apa, kalau sekarang tak jaga diri, siapa yang nak jaga bila dah tua kan? Sendiri mau ingat laa.

Dan PB nih tak mahal pun, daripada korang habiskan RM200 sebulan untuk beli baju pastuh bila dah kembang, baju2 tersebut bakal menghuni almari korang untuk bertahun2 lamanya, baik laa korang beli satu set untuk diri korang sendiri. Memang laa duit tuh duit korang, korang punya suka laa korang nak buat apa kan. Tapi kalau badan dah start mengeleber sana sini, penyakit dah datang menginap, masa tuh menyesal pon tak guna. Masa tuh duit beribu2 habis sebab nak beli ubat untuk mengurangkan sakit, nak buat slimming treatment laa, nak beli exercise equipment laa. 



Sekadar renungan;

20-an MENGANCAM,

30-an TERANCAM,

40-an DIANCAM,

50-an DAH TAK CAM!





                                                                            

While we were waiting...

These are some photos of my kids playing with their father jacket while waiting for him performed his solat.



Location: R&R Ayer Keroh, Melaka.

Friday, April 1, 2011

Tips Kejayaan 100% Dalam Perniagaan dan juga Kehidupan

Set Fikiran Kena Betul & Ikhlas

Apa yang saya lihat untuk sukses anda perlu mempunyai MIND SET yang betul

contoh: Orang lain yang banyak menghasilkan income boleh berjaya dan kenapa mereka berjaya sedangkan aku masih tahap begini, aku pun boleh ikut jejak mereka untuk berjaya. Kalau bereka boleh hasilkan income sehari RM500 kenapa aku tak boleh hasilkan income RM1000?

Jadinya untuk berjaya, syarat pertama ialah anda kena ubah persepsi minda anda!

Kena cakap selalu I’m Still The Best atau Akulah orang yang paling terbaik dan terhebat dalam muka bumi ini. 


Dengan Siapa Anda Berkawan dan Buku Apa Yang Anda Baca                       

Mencapai sukses dan Kejayaan anda mesti bergantung kepada:1. Usaha yg gigih, berlipat ganda dan yang paling terbaik dari anda

2. Siapa kawan anda sekarang ? (Penasihat dan Pendorong kecermelangan)
3. Buku apa yg anda baca ? (Memperlajari Ilmu yang anda sendiri tak mahir dan membina keyakinan diri)

Mana mana orang yang berjaya di muka dunia ini mesti melalui pengalaman pahit manis dan jika hendak berjaya WAJIB kena usaha gigih tanpa kenal erti penat.

Antara petua berjaya ialah penting untuk anda mempunyai rakan/kawan yg biasanya menjadi “jurulatih” atau penasihat yg boleh membantu anda maju atau berjaya dalam perniagaan anda dan juga pendorong untuk anda berkeyakinan tinggi.

Nasihat dari saya, cedoklah ilmu dari orang-orang yg berjaya. Ikuti cara prospek mereka, contohnya jika anda inginkan pendapatan RM100,000 sebulan- anda harus cari mentor/coach/rakan yg sememangnya berpendapatan sedemikian. Anda dapat pelajari dari beliau dan berjaya seperti beliau.

Tidak ramai yg suka membaca. Jangan silap!! Buku adalah hasil ilham pemikiran penulis. Pembacaan buku boleh membentuk minda. Berapa banyak buku anda baca dalam setahun? tidak cukup dgn membaca….berapa banyak yg anda dapat lakukan dgn apa yg anda baca..?
(p/s: saya cuba membaca 1 buku baru setiap bulan. 12 bulan=12 buku, 10 tahun=120buku, belum cukup banyak. Kebanyakan jutawan banyak membaca buku-mereka ada library di rumah mereka, bukan koleksi video!) 

 Zakat ( Menyucikan harta dan pendapatan untuk org ISLAM)

Amalkan mengeluarkan zakat setelah mendapat income hasil dari perniagaan anda Zakat dan sedekah adalah perkara yang perlu untuk menyucikan diri kita dari sifat-sifat buruk dan juga menyucikan harta kita.Untuk orang islam yang berniaga tak kira secara MLM, internet, jualan langsung mahupun mempunyai premis perniagaan sendiri saya berpesan pada diri saya sendiri dan pembaca blog ini supaya keluarkan zakat dan juga digalakkan bersedekah.

InsyaAllah hidup kita lebih berkat, income bertambah dan perniagaan makin maju…amin.

Menetapkan TARGET atau MATLAMAT

Secara logiknya ramai orang gagal dalam perniagaan mahupun kehidupan kerana mereka tidak mempunyai TARGET! Jika anda nak berjaya anda harus menetapkan TARGET.

Sesuatu target harus spesifik…contoh: “Dengan modal RM40 dalam 3 bulan mesti menjadi RM40,000″

Dulu pada zaman saya sekolah cikgu selalu berpesan, apabila anda dah ada target, langkah seterusnya ialah bekerja keras untuk mencapai target tersebut. Cikgu saya pernah berpesan juga anda harus tabah menghadapi segala rintangan atau halangan di sepanjang perjalanan untuk mencapai Target anda.

Gud Luck !! 

Sanggup menghadapi ujian dan cabaran untuk berjaya

Apabila anda membuat keputusan untuk berniaga, Ucap selamat saya yang utama ialah ” WELCOME TO THE CLUB ” . Kenapa ? kerana anda akan 200% menempuh ujian dan cabaran serta rintangan yang perlu anda tempuhi.Ramai orang ingin BERJAYA dan SENANG LENANG, sama ada dalam perniagaan, pekerjaan, pelajaran, percintaan, kekeluargaan dan sebagainya.

Contoh untuk berjaya dalam percintaan anda sanggup buat apasahaja untuk memenangi hati sidia, dalam pekerjaan pula sanggup buat OT siang malam bekerja untuk mendapat gaji lebih. sama juga hal kekeluargaan anda sanggup bekorban apa sahaja janji kehidupan isi rumah senang dan selesa.

Dalam perniagaan???? anda bagaimana? boleh ke tidak?Apakah anda perlu buat untuk mencapai Kejayaan? Sebagai seorang muslim, kita sentiasa diseru ke arah kejayaan (melalui seruan azan 5 kali sehari).

Saya melihat, orang-orang yg berjaya dalam karier mereka memang mempunyai KEINGINAN yang KUAT untuk berjaya. Mereka sanggup hadapi dugaan dan cabaran dalam perjalanan menuju kejayaan.

Dalam bisnes MLM, internet dan beberapa bisnes yg saya pernah terlibat, saya melihat ramai yg gagal kerana TIDAK SANGGUP menghadapi segala ujian dan cabaran yg mendatang.

Baru buat bisnes 2-3 minggu dah nak give-up/frust… dan pengecut cabut lari 

Orang Berjaya sentiasa mencari jalan dan berusaha ke arah kejayaan dan mereka SANGGUP hadapi segalanya demi mencapai cita-cita mereka. 





::Petikan dari http://citrasupply.wordpress.com::